Selamat datang Wawasan 2020

Alhamdulillah kita dh smp wawasan 2020… Or rather sampai tahun 2020. Wawasan 2020 hmm… kena check balik kot. 

Ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu in the 1990’s bayang malaysia negara maju mcm mn. Yup, aku ni boleh kira ‘Anak-anak Wawasan 2020′ la juga. Membesar dengan kempen-kempen Wawasan 2020, Beli Barang Buatan Malaysia etc zaman Tun (masa tu Dato’ Seri Dr.) Mahathir. Kereta terbang, hidup senang, produk-produk Malaysia famous di seluruh dunia. Antara benda-benda yg dibayangkan kat TV masa tu… Zaman tu internet tak berapa wujud lagi kat Malaysia, social media lagi la. Mark Zuckerburg pun budak lebih kurang umur aku juga masa tu so to some extent imagination kita dibentuk oleh TV. 

Paling tak boleh lupa, punya la aku gagah berkali-kali kira umur, sempat ke aku nk hidup 2020 ni. Nk sangat tengok negara maju rupa mana. Nak naik kereta terbang Haha. Serius ni antara harapan seorang budak yg berhati suci murni (masa tu la) bila tengok iklan-iklan promote 2020 kat TV zaman tu. 

Masa tu 34 mcm ‘agak tua dh’, tapi insyaAllah la ada harapan masih hidup. And Alhamdulillah masih diBeri nyawa lagi walaupun mungkin tak berapa kesampaian nak naik kereta terbang. At least kapal terbang ada, ok la. Kalau fikir positive, lagi best apa naik kapal terbang banding kereta terbang. Kapal terbang ko just sit and relax, pilot drive, pramugara pramugari bg makan minum. Apa la nk stress sangat takdak kereta terbang. Macam tak puas ja bawa kereta tak terbang.

Cakap pasal kenderaan terbang ni, sebenarnya bukan la kita takdak. Lagi satu yang aku bayang masa tu is naik kereta api terbang. Aku daripada kecik suka baca buku sci fi, so bagi aku, ni antara syarat wajib nak mengaku negara maju la haha. And kan ke kita dh ada LRT and the geng dh berzaman dh. ECRL insyaAllah on the way. 

Kereta terbang, robot macam Artoo dan Threepio (Star Wars Episodes 4-6 adalah sci fi movie yg paling wow bagi aku, even sampai sekarang. Fantasy adalah Cave of the Golden Roses), bandar yang semua bangunan dia macam Burj Khalifah + ada lingkaran kereta api bertingkat-tingkat sekeliling dia… Yang ni, mana ada negara yang ada pun kan. 

Anyway nak judge kita memang dh capai Wawasan 2020 ke tak, tak boleh berdasarkan imaginasi kanak-kanak haha… Kalau ada budak bayang ceklat free menghujan turun daripada menara KL macam mana? Kena tengok balik, apa sebenarnya Wawasan 2020. Or better still, apa kata orang yang mengilhamkan Wawasan 2020. 

And… Tun M sendiri kata gagal 🙁

Oh well… 

Wawasan Kemakmuran 2030 mampu dicapai? ……… Naa… 

Bagi aku, wawasan adalah ‘harapan’, ‘cita-cita’, ‘impian’. Satu arah tujuan. Gambaran keadaan yang lebih baik di masa hadapan. Usaha untuk mencapai keadaan yang lebih baik ini. 

Samada capai atau tak, tak penting. Yang penting adalah proses nak sampai ke destinasi tu menyeronokkan. Sebab jalan nak sampai tu panjang. Bila sampai tu, sedetik ja. 0000H, 2020 yay – setelah 29 tahun berusaha. 

So selamat menyambut tahun 2020 buat rakyat Malaysia, dan selamat berusaha membentuk Malaysia yang lebih baik. 

Leave a Reply

Back to Top